ARTIKEL

Poster kreatif cetus potensi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 14 peserta menyertai Program Mudahnya Membuat Poster Menggunakan Canva yang diadakan baru-baru ini dengan dibantu oleh enam orang fasilitator.

Program tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva sebagai platform reka bentuk grafik yang mudah, praktikal dan mesra pengguna.

Selain itu, program berkenaan turut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan bahan hebahan yang kreatif, berkualiti dan berkesan.

Program dimulakan dengan sesi tadabbur al-Quran yang disampaikan oleh Amsyar.

Dalam sesi tersebut, beliau mengupas ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan kitab suci itu merupakan sumber petunjuk dan panduan hidup bagi umat Islam.

Beliau turut menekankan kepentingan menjadikan al-Quran sebagai asas dalam membentuk pemikiran, akhlak dan tindakan, termasuk memanfaatkan kemahiran serta teknologi sebagai medium penyebaran ilmu dan nilai murni.

Sesi berkenaan menjadi pengisian kerohanian sebelum peserta mengikuti bengkel kemahiran.

Program kemudian diteruskan dengan sesi utama bertajuk Mudahnya Polah Poster Guna Canva yang disampaikan oleh Sarah Ali.

Sesi tersebut memberi tumpuan kepada asas penggunaan Canva, termasuk pemilihan templat, penyusunan elemen grafik, penggunaan warna dan tipografi yang sesuai serta teknik menghasilkan poster yang menarik, kemas dan berkesan.

Penyampaian secara sistematik dan interaktif membolehkan peserta memahami konsep asas reka bentuk grafik sebelum mengaplikasikannya melalui latihan amali.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta diberi peluang menghasilkan poster masing-masing dengan bimbingan penceramah dan fasilitator.

Pendekatan pembelajaran secara praktikal itu membantu peserta menguasai kemahiran asas Canva, di samping meningkatkan kreativiti serta keyakinan dalam menghasilkan bahan komunikasi visual yang berkualiti.

Sebagai aktiviti penutup, pertandingan menghasilkan poster menggunakan Canva turut diadakan bagi menilai tahap penguasaan peserta terhadap ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang program.

Kesemua peserta mempamerkan komitmen dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan poster yang memenuhi kriteria penilaian.

Ajmal Nur Muhaimin diumumkan sebagai pemenang pertandingan berdasarkan hasil reka bentuknya yang kreatif, tersusun dan berkesan dari segi penyampaian mesej.

Secara keseluruhannya, program tersebut berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan literasi digital dan kemahiran reka bentuk grafik dalam kalangan peserta.

Program itu juga memupuk kesedaran tentang kepentingan memanfaatkan teknologi secara beretika dan berlandaskan nilai Islam bagi menghasilkan bahan hebahan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Penganjuran program seumpama itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai individu yang kreatif, berkemahiran dalam bidang reka bentuk digital serta mampu memanfaatkan teknologi sebagai medium penyebaran ilmu, dakwah dan maklumat yang berkesan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU