ARTIKEL

RAMPAS… Antara rokok dan minuman keras yang dirampas pada awal Oktober lepas.

PPM gagalkan cubaan simpan rokok, minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM380,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching berjaya menggagalkan cubaan menyimpan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM380,000 dalam satu serbuan di Jalan Datuk Mohammad Musa, Bandar Riyal, dekat sini awal Oktober lepas.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Ab Rahman Mat Hasan berkata, operasi dijalankan sekitar 4.30 petang pada 10 Oktober lalu oleh sepasukan anggota Unit Risikan Marin selepas menerima maklumat awam berkaitan kegiatan mencurigakan di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang tidak mempunyai pelekat setem sah daripada Kastam Diraja Malaysia.

“Seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis turut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Ab Rahman berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM380,220.

Tangkapan dan semua barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Beliau berkata, individu yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

ACP Ab Rahman turut menegaskan bahawa PPM Wilayah 5 akan terus memperkukuh operasi risikan bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang merugikan hasil negara serta menggugat kesejahteraan masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU