ARTIKEL

Presiden PPS Sarawak Dr. Wynson Ong

PPS gesa institusi perbankan beri kerjasama penuh banteras penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institusi perbankan diminta agar memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membanteras kes penipuan dalam talian secara berkesan.

Presiden Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS) Sarawak Dr. Wynson Ong berkata, usaha membendung kejadian seumpamanya daripada berulang bukan tanggungjawab pihak penguat kuasa semata-mata.

“Institusi perbankan juga memainkan peranan penting, memandangkan setiap akaun bank diluluskan melalui proses penilaian dan pengesahan oleh pihak bank sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, PPS menggesa supaya pihak bank bertindak pantas dalam mengesan dan membekukan akaun mencurigakan, mengutamakan perlindungan pengguna serta meningkatkan ketelusan dalam pengendalian kes.

Tambahnya, kes penipuan dalam talian bukan lagi isu terpencil, sebaliknya merupakan ancaman serius kepada keselamatan kewangan masyarakat.

“Kerjasama erat antara institusi kewangan dengan pihak berkuasa dan pengguna amat diperlukan bagi membanteras jenayah ini secara berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada sebelum membuat sebarang pembayaran, khususnya melibatkan tawaran tender atau urusan rasmi.

Terdahulu, satu kes penipuan dalam talian dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM23,500, membabitkan tipu daya melalui tawaran palsu tender kerajaan.

Susulan itu, PPS melahirkan rasa kecewa dan kebimbangan serius ke atas tindakan sebuah institusi perbankan yang enggan memberikan kerjasama bagi memberikan maklumat asas berkaitan kes berkenaan atas alasan kerahsiaan pelanggan.

“PPS ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak memohon sebarang maklumat sulit pelanggan, sebaliknya hanya mendapatkan pengesahan status transaksi bagi membolehkan tindakan segera diambil dalam kes penipuan.

“Alasan tersebut tidak seharusnya dijadikan penghalang dalam usaha membendung jenayah kewangan kerana kes penipuan dalam talian kini semakin berleluasa dan memerlukan tindakan pantas daripada semua pihak, khususnya institusi kewangan,” tegasnya.

Menurutnya lagi, walaupun terikat dengan prinsip kerahsiaan pelanggan, pihak perbankan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan sistem kewangan tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kelewatan atau keengganan bertindak dalam situasi kritikal boleh menyebabkan mangsa terus mengalami kerugian tanpa sebarang perlindungan yang sewajarnya,” jelasnya.

Justeru, PPS mengambil langkah dengan campur tangan secara rasmi dalam kes tersebut dan akan terus membantu mangsa dalam usaha mendapatkan keadilan serta tindakan susulan sewajarnya.

“PPS akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut demi melindungi hak pengguna,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha