ARTIKEL

Iskandar menandatangani papan tanda projek siap naik taraf bumbung, pengudaraan dan siling bangunan PPWS Daerah Bintulu-Tatau.

PPWS disaran rancang hala tuju jelas perkasa ahli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) khususnya Daerah Bintulu-Tatau disaran merangka pelan strategik yang komprehensif bagi memastikan hala tuju organisasi lebih jelas dan berfokus dalam usaha memperkasa ekonomi ahlinya.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee berkata, pelan tersebut perlu merangkumi perancangan jangka pendek dan panjang, termasuk penetapan sasaran yang jelas selaras dengan keperluan semasa.

Menurut beliau, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, organisasi seperti PPWS perlu lebih peka serta bersedia menyesuaikan pendekatan agar kekal relevan.

Iskandar melakukan simbolik penyerahan tanda projek siap naik taraf bumbung, pengudaraan dan siling bangunan PPWS Daerah Bintulu-Tatau kepada Pengerusi Negeri PPWS Datuk Norhayati Mohd Ismail.

“PPWS perlu mempunyai pelan strategik lima tahun dan juga perancangan jangka panjang hingga 10 tahun akan datang. Ini penting supaya setiap usaha yang dilaksanakan mempunyai arah yang jelas serta mampu memberi impak berterusan kepada ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan projek siap naik taraf bumbung, pengudaraan dan siling bangunan PPWS Daerah Bintulu-Tatau serta sambutan ulang tahun ke-30 Jubli Mutiara PPWS daerah itu, di sini, hari ini.

Iskandar bersama-sama kenamaan yang lain ketika sambutan ulang tahun ke-30 Jubli Mutiara PPWS Daerah Bintulu-Tatau.

Tambah Iskandar, pelan strategik berkenaan juga perlu memberi penekanan kepada aspek peningkatan ilmu, kemahiran serta akses kepada maklumat dalam kalangan ahli bagi memperkukuh keupayaan mereka menjana pendapatan.

“Hala tuju yang dirangka perlu mengambil kira perubahan minat dan trend semasa, khususnya dalam kalangan wanita muda yang kini cenderung kepada bidang keusahawanan moden,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dengan perancangan yang tersusun dan hala tuju yang jelas, PPWS berpotensi menjadi platform yang lebih berdaya saing dalam memperkasa ekonomi wanita serta meningkatkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.

Tambahnya, inisiatif MADANI Sejati yang menawarkan geran sehingga RM100,000 perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pertubuhan seperti PPWS bagi menjana pendapatan komuniti secara mampan.

Beliau berkata geran tersebut bukan bertujuan untuk melangsaikan hutang, sebaliknya sebagai pemangkin kepada usaha meningkatkan ekonomi komuniti secara mampan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai