ARTIKEL

India Prime Minister Narendra Modi (C) arrives at the Parliament house with Parlaimentary Affairs Ministers Pralhad Venkatesh Joshi (L) and Arjun Ram Meghwal (R) after Bhartiya Janata Party (BJP) Parliamentary Committee meeting in New Delhi on July 23, 2019. India's foreign ministry on July 22 denied US President Donald Trump had been asked by Indian Prime Minister Narendra Modi to mediate the Kashmir conflict with Pakistan. (Photo by Prakash SINGH / AFP)

Pralhad Joshi Menteri Pendidikan baharu India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HYDERABAD: Perdana Menteri India Narendra Modi menamakan pemimpin kanan parti yang dipercayainya, Pralhad Joshi sebagai Menteri Pendidikan baharu, menggantikan Dharmendra Pradhan yang meletak jawatan pada Sabtu susulan protes yang diterajui golongan belia selama beberapa minggu berhubung kebocoran kertas peperiksaan.

Menurut Sekretariat Presiden dalam kenyataan pada Sabtu, Presiden India Droupadi Murmu menerima peletakan jawatan Pradhan daripada Majlis Menteri berkuat kuasa serta-merta dan mengarahkan Pralhad Joshi diberi tanggungjawab menerajui Kementerian Pendidikan sebagai tambahan kepada portfolio sedia ada atas nasihat Perdana Menteri.

Pralhad Joshi, 64, yang dilahirkan di Karnataka, kini berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengagihan Awam.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dari K.S. Arts College di negeri Karnataka, selatan India.

Menurut laman sesawangnya, Pralhad Joshi memulakan perjalanan politik menerusi aktivisme akar umbi dan gerak kerja organisasi bersama Parti Bharatiya Janata (BJP) dan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

RSS ialah organisasi yang menjadi asas ideologi BJP dan beribu pejabat di bandar Nagpur, negeri Maharashtra di barat India.

Dalam hantaran di platform X, Pralhad Joshi memuji Pradhan kerana melaksanakan rombakan struktur pendidikan India oleh kerajaan BJP menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan (NEP) 2020 yang baharu.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, NEP 2020 berjaya dilaksanakan bersama lebih 100 pembaharuan besar dan kecil dalam bidang pendidikan,” kata Menteri Pendidikan baharu itu.

Ramai pemimpin BJP termasuk Menteri Dalam Negeri Amit Shah, Menteri Pertahanan Rajnath Singh dan Menteri Perdagangan Piyush Goyal turut memuji prestasi serta rekod Pradhan sebagai Menteri Pendidikan menerusi hantaran di media sosial.

Pradhan, yang berkhidmat sebagai Menteri Petroleum sebelum menjadi Menteri Pendidikan pada Julai 2021, meletak jawatan selepas protes selama 36 hari berhubung kebocoran kertas peperiksaan oleh Cockroach Janta Party (CJP).

Beberapa kes kebocoran kertas peperiksaan berlaku di India sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun protes terbaharu tercetus susulan kontroversi membabitkan National Eligibility cum Entrance Test (NEET), peperiksaan kemasukan pengajian perubatan peringkat prasiswazah yang diadakan pada Mei dan menjejaskan lebih dua juta pelajar.

Peletakan jawatan Pralhad Joshi merupakan antara tuntutan utama penunjuk perasaan yang menggesa pembaharuan sistem pendidikan India.

CJP menyifatkan peletakan jawatan Pradhan sebagai satu kemenangan dan menamatkan protesnya pada Sabtu selepas kerajaan menerima semua tuntutan mereka.-Bernama

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,