Pihak polis Thailand memberi penjelasan bahawa pelakon perempuan Thailand Preechaya Pongthananikorn bebas daripada sebarang pertuduhan.
Spekulasi orang ramai bahawa dia membeli sia-nida — sejenis bahan kimia yang sama digunakan oleh pembunuh bersiri.
Timbalan ketua Polis Negara Thailand Surachate Hakparn berkata, selebriti tersebut merupakan antara 100 pembeli yang menjadi sasaran pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan membabitkan Sararat Rangsiwurthaporn.
Hasil soal siasat dilakukan oleh pihak polis terhadap Preechaya membuatkan artis tersebut mengakui bahawa dirinya membeli sianida secara dalam talian untuk menghalang cicak dan ular daripada mengganggu anjing peliharaanya.
Preechaya juga mengaku bahawa dia belum sempat membuka botol bahan kimia itu dan terus menyerahkannnya kepada pihak polis.



