ARTIKEL

Abang Johari hadir Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: TVS

Premier hadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Menteri Besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Mesyuarat bermula pada 2.30 petang itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta beberapa menteri kabinet.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya melibatkan penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama, tersusun dan berkesan.

Perbincangan turut menyentuh aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat agar setiap keputusan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata yang dirasai secara langsung oleh rakyat.

Mesyuarat ke-148 itu turut dihadiri beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Selain Abang Johari dan Hajiji, mesyuarat itu turut disertai Menteri Besar Perlis, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak serta Ketua Menteri Pulau Pinang. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai