ARTIKEL

Premier Sarawak Saksikan Penyerahan Zakat RM1 Juta BDA Kepada TBS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyaksikan penyerahan zakat sebanyak RM1 juta daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Zakat berkenaan telah diserahkan oleh Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari kepada pihak TBS di Kompleks Satria Pertiwi, di sini pada Rabu.

Dalam satu kenyataan media daripada BDA, zakat itu akan diurus oleh pihak TBS sebelum diagihkan kepada golongan fakir, miskin serta asnaf yang layak.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan, ahli-ahli lembaga BDA serta barisan pengurusan tertinggi agensi berkenaan.

Hadir mewakili TBS ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Pemangku Pengurus Besar TBS Iskandar Allan, Ketua Sektor Operasi TBS Mohd Yusree Mohd Zain, Ketua Bahagian Komunikasi TBS Mohd Huzaid Husaini serta Pemangku Ketua Bahagian Promosi dan Dakwah TBS Mohd Nazir Kiprawi.

Dalam kenyataan sama, BDA menegaskan bahawa zakat bukan sekadar kewajipan yang perlu ditunaikan, malah merupakan amanah dan instrumen penting bagi memperkukuh kesejahteraan ummah serta membantu golongan yang memerlukan.

Dana zakat tersebut akan disalurkan melalui TBS kepada penerima yang layak selaras dengan prinsip keadilan sosial dalam Islam, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu