ARTIKEL

Abang Johari (duduk lima kiri) serta isteri merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain sempena Majlis Rumah Terbuka Dr Ripin (duduk empat kiri).

Premier Sarawak santuni warga Miri sempena Aidilfitri 6 Syawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 33 anak yatim yang terdiri daripada 17 lelaki dan 16 perempuan dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub telah menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh isteri Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, iaitu Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, semasa mengadakan kunjungan sempena Majlis Rumah Terbuka Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, di Bakam di sini hari ini.

Abang Johari (empat kiri) serta isteri semasa mengadakan kunjungan ke kediaman Rosey Yunus (tiga kanan).

Pada enam Syawal, Abang Johari serta isteri telah mengadakan kunjungan sempena Hari Raya Aidilfitri ke kediaman para pemimpin yang terdiri daripada wakil rakyat serta Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) di sekitar Miri.

Kunjungan dimulakan seawal jam 10.52 pagi tadi di kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Dr Ripin Lamat.

Juma’ani (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena kunjungan ke kediaman Lukanisman (empat kiri).

Pada jam lebih kurang 11.45 pagi, Abang Johari serta isteri kemudian berpeluang menziarahi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus.

Baca lain  Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo Kesembilan dapat sambutan meskipun dianjurkan secara maya

Seterusnya, Abang Johari dan isteri berangkat ke kediaman Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu, Datuk Usop Sani Wahap, bagi menikmati jamuan makan tengah hari.

Usop Sani sekeluarga turut mengalu-alukan kedatangan pasangan tersebut dengan menyajikan kek khas kepada mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setelah selesai menikmati jamuan makan tengah hari, kunjungan diteruskan ke kediaman Temenggong Datuk Abdul Rahman Fadzail dan kemudiannya mengakhiri kunjungan ke kediaman Lukanisman.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU