KUCHING: Kira-kira 600 orang kakitangan Kumpulan Yayasan Sarawak hadiri majlis berbuka bersama-sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Majlis turut disertai 50 anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak.
Sementara, Abang Johari turut menyampaikan simbolik sumbangan duit raya kepada anak-anak tersebut pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak di Jalan Sultan Tengah di sini pada Khamis.
Seramai 87 orang diwakili 10 penerima daripada YAKIN, diikuti 35 orang turut diwakil 10 orang penerima dari Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak dan 159 orang diwakili 30 penerima dari anak-anak warga Yayasan Sarawak menerima duit raya tersebut.
Dalam majlis yang sama, Premier Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Kumpulan Petronesa oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Abang Openg sebanyak RM384,157.
Diikuti zakat dari Syarikat Sanjung Etika Sdn Bhd oleh pengerusinya, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berjumlah RM45,750 disampaikan kepada Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran Baitulmal Sarawak Sulaiman Mahili mewakil Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta dif-dif kehormat yang lain.
Dalam pada itu, Premier Sarawak sempat menunaikan solat maghrib, disusuli dengan solat isyak dan terawih bersama-sama yang hadir, sebelum masing-masing bersurai.





