ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 di Jakarta hari ini. FOTO: UKAS

Premier Sarawak sertai IES 2026 di Jakarta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mewakili negeri di pentas antarabangsa bagi menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 pada 3 hingga 4 Februari ini.

Beliau selamat tiba di Jakarta hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak berprestij itu yang menghimpunkan pemimpin global, penggubal dasar, tokoh ekonomi dan peneraju industri untuk membincangkan hala tuju pertumbuhan ekonomi serantau dan global.

Abang Johari dijadual menyampaikan ucaptama bertajuk “Ideas from Borneo: Investing in the Next Engine of Growth” pada Rabu ini, memfokuskan potensi Sarawak sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu di rantau ini.

Beliau bakal berkongsi pengalaman serta kemajuan pembangunan dan transformasi ekonomi Sarawak, termasuk pendekatan pembangunan mampan yang semakin mendapat perhatian di peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Dalam pada itu, tema IES 2026 iaitu “Bersatu Untuk Memacu Pertumbuhan Mampan dan Kemakmuran Bersama” menjadi platform membincangkan isu strategik global.

Isu itu merangkumi pertumbuhan inklusif, model ekonomi nasional, mobiliti tenaga kerja, dasar perdagangan, pelaburan industri, transformasi digital dan strategi menangani cabaran global.

Sidang kemuncak anjuran Indonesia Business Council (IBC) turut menyediakan ruang wacana melalui sesi meja bulat, pertemuan dua hala dan dialog dasar yang mendalam bersama pihak kerajaan.

Tahun ini, IES 2026 memperkenalkan segmen baharu, ‘IES in Action’ — mempamerkan projek dan penyelidikan berterusan IBC serta mengetengahkan inisiatif yang memberi impak langsung kepada agenda pembangunan ekonomi serantau dan global.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu