ARTIKEL

Premier Ziarah Aidilfitri Ke Kediaman Tun Wan Junaidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama keluarga mengadakan ziarah Aidilfitri ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, malam tadi.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Tun Wan Junaidi bersama-sama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Turut mengiringi Premier ialah Dayang Norjihan bersama-sama suami, Bouteflika Ahmad.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Dalam pertemuan penuh mesra itu, Tun Wan Junaidi menzahirkan harapan agar jalinan silaturahim terus diperkukuh, sekali gus menjadi asas kepada semangat muafakat, kestabilan politik dan kemakmuran Sarawak.

Beliau turut mendoakan agar Sarawak di bawah kepimpinan Abang Johari terus maju, makmur dan sejahtera demi kesejahteraan seluruh rakyatnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka