ARTIKEL

Mahkamah Kuching.

Premis Rawatan Mata Tidak Berlesen Didenda RM35,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah syarikat penyedia rawatan mata dan optometris didenda RM35,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini kerana tidak mendaftarkan premis mereka sebagai sebuah klinik perubatan swasta.

Pemilik syarikat seorang wanita warga emas berusia 64 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, syarikat terbabit didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Oleh itu, syarikat tersebut telah melakukan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 5(1)(b) Akta yang sama.

Kesalahan itu dilakukan di premis mereka di Jalan Rock sekitar jam 10.30 pagi 25 Oktober 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu merupakan Pegawai Serbuan dan anggota kesihatan dari cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (CKAPS) membuat satu serbuan dengan menggunakan waran ke atas sebuah premis kerana menyediakan perkhidmatan perubatan mata dan optometris.

Semasa serbuan pengamal perubatan premis tersebut gagal mengemukakan dokumen perakuan pendaftaran klinik apabila diminta oleh Ketua Serbuan.

Oleh demikian, satu penggeledahan telah dijalankan ke atas premis kerana disyaki melanggar peruntukan Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Selain itu, laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut terhadap syarikat terbabit.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa premis tidak berdaftar sebagai sebuah klinik perubatan swasta pada tarikh serbuan.

Selain itu, surat dari Bahagian Amalan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa premis adalah tidak mempunyai perakuan pendaftaran perakuan kelulusan lesen di bawah Akta 586.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Norzaizeli Abu Samah manakala syarikat berkenaan tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU