ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Premis simpan barangan RM1.02 juta digempur, lima ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelbagai barangan makanan buatan China dan cecair dipercayai minuman keras bernilai RM1,022,635 dirampas manakala lima individu diberkas menerusi Ops Taring Alpha 5 di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, hari ini.

Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, mereka yang ditahan kira-kira 11.30 pagi itu terdiri daripada seorang warga tempatan dan empat warga Myanmar yang berperanan sebagai pengurus premis, penyelia serta pekerja.

Menurut beliau, operasi bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) itu berjaya menyita 118 jenis barangan makanan buatan China serta 23 kotak cecair disyaki alkohol tanpa cukai kastam.

Mohd Zaki menjelaskan bahawa pemeriksaan mendapati wujud ketidakpatuhan perundangan merangkumi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983, Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63 seperti dilapor Bernama.

Beliau menegaskan bahawa operasi secara bersepadu itu penting bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh merangkumi keselamatan makanan, penyeludupan serta pematuhan pelesenan premis di negara ini.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi