ARTIKEL

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Presiden Putin jemput Agong ke Moscow

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan pada 9 Mei ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 8 pagi tadi.

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Jemputan khas daripada Presiden Rusia, Vladimir V. Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tinggi Kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

Berangkat sama ke Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim ialah paduka anakanda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad.

Hadir sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta pegawai kerajaan negeri. – BERNAMA

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha