ARTIKEL

Presiden terpilih Indonesia Probowo rancang tubuhkan Kelab Presiden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto merancang menubuhkan kelab presiden dengan matlamat mengadakan perbincangan dalam kalangan bekas presiden termasuk Megawati Soekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Joko Widodo yang akan bersara nanti.


Menurut jurucakapnya, Dahnil Anzar, kelab presiden itu menyediakan platform untuk Prabowo dan Naib Presiden Terpilih Gibran Rakabuming Raka mendapatkan pandangan pemimpin sebelum mereka. 

“Kelab Presiden, walaupun bukan institusi rasmi akan menggalakkan perjumpaan tetap untuk bekas presiden membincangkan isu penting negara, menggalakkan perpaduan sebagai contoh,” katanya  sepertimana  dipetik portal berita investor.id hari ini.

Dahnil berkata, inisiatif ini menggariskan kepentingan perpaduan biarpun terdapat perbezaan politik, terutama selepas Pilihan Raya Presiden 2024. 

“Prabowo berharap sebagai sebuah negara yang hebat, pemimpinnya bersatu padu, harmoni dan bekerja untuk kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan politik,” katanya.  

Ditanya mengenai rancangan itu selepas melawat pameran kenderaan elektrik di Jakart Pusat, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi menyokong cadangan Prabowo dan mencadangkan perjumpaan boleh diadakan dengan kerap, kemungkinan setiap dua hari.

Seorang ahli politik kanan dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP)  Hendrawan Supratikno berkata cadangan Prabowo adalah baik, tetapi ia perlu diperhalus. 

Bercakap kepada media Indonesia, beliau berkata:” Jika ia hanya untuk perhimpunan sosial atau perbincangan paras tinggi isu strategik negara, kami perlu lebih maklumat.” 

Bagaimanapun, beliau percaya Megawati Soekarnoputri, Pengerusi PDIP dan Presiden Kelima Indonesia itu  akan menyokong inisiatif yang akan memberi manfaat kepada kepentingan negara. 

Pada 23 April lepas, parti terbesar Indonesia, PDIP mengumumkan Jokowi dan anaknya Gibran bukan lagi ahli parti itu selepas mereka menyokong calon lawan, Prabowo dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini. 

– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah