Press Metal Bintulu sanjungi kebudayaan masyarakat setempat

BINTULU: Penganjuran aktiviti Ngiling Bidai membuktikan bahawa Press Metal Bintulu komited serta menyanjungi nilai, kebudayaan masyarakat setempat.

Aktiviti yang merupakan acara tahunan  Press Metal bersama masyarakat di rumah panjang sempena sambutan  perayaan Hari Gawai terutama di sekitar Bintulu ini disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Samalaju Majang Renggi bertempat di Rumah Sating, di sini.

Menurut Pengurus Besar Press Metal Choa Wei Keong, acara tahunan ini merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat di mana pengurusan serta pekerja Press Metal amat menyanjungi nilai dan tradisi kebudayaan masyarakat setempat.

Beliau berkata penganjuran bersama dengan rumah panjang terpilih bagi memberi peluang kepada pekerja Press Metal  mengeratkan  silaturahim dengan masyarakat setempat dalam meraikan salah satu perayaan terbesar di negeri ini.

Pelbagai aktiviti sampingan seperti acara miring dan adat tradisi setempat diadakan bagi memeriahkan acara sambutan.

meriah di mana acara Miring merupakan pembuka acara diikuti dengan pelbagai acara adat tradisi setempat.

Timbalan Pengurus Besar Encik Low Kwong Fei, Dr. Siew Eng Fui, ketua jabatan dari Press Metal serta Ketua Jabatan daripada agensi Kerajaan. Ketua-ketua kampung  lain juga turut serta meraikan Majlis ini di Rumah Sating yang mempunyai penghuni sebanyak 67 pintu.

Aktiviti Ngiling Bidai itu turut dimeriahkan dengan
kehadiran artis jemputan, Rosiana Urai diikuti persembahan nyanyian dan tarian daripada kakitangan Press Metal.

Suara Sarawak