ARTIKEL

Hannah Yeoh

Prestasi Harimau Malaya diharap terus meningkat bawah bimbingan Peter Cklamovski

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap prestasi Harimau Malaya akan terus meningkat dengan pelantikan Peter Cklamovski dari Australia sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan semalam.

Beliau percaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meneliti profil Cklamovski, memastikan bekas pengurus kelab Jepun FC Tokyo itu adalah individu yang layak.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih baharu. Dengan pelantikan jurulatih ini dan dana RM15 juta yang diumumkan, saya harap prestasi Harimau Malaya akan terus naik,” katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan projek naik taraf kemudahan sukan gelanggang bola keranjang di Taman Jinjang Baru, Kepong.

Sesi penyerahan projek yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, melibatkan pembinaan bumbung, menaik taraf permukaan gelanggang, dan papan jaring bola keranjang, yang siap sepenuhnya pada 20 Nov lepas.

FAM semalam mengumumkan pelantikan Cklamovski sebagai ketua jurulatih baharu skuad bola sepak lelaki kebangsaan, dan beliau akan memulakan tugasan secara rasmi pada 1 Jan 2025.

Pengendali berusia 46 tahun itu mempunyai pengalaman lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, ketika mengemudi skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015. Beliau juga membawa Yokohama F. Marinos menjuarai Liga J1 pada musim 2019.

Cklamovski akan menggantikan ketua jurulatih sementara, Pau Marti Vicente dari Sepanyol, yang sedang membimbing pasukan negara dalam kempen Piala ASEAN 2024.

Sementara itu, Hannah meminta penganjur acara sukan permotoran mengutamakan keselamatan dan mematuhi garis panduan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) bagi mengelakkan insiden seperti yang berlaku pada Pusingan Ketiga Sandakan Drag Battle 2024 tidak berulang.

“Saya ucapkan salam takziah kepada keluarga pemandu. Walaupun garis panduan sudah dikeluarkan, insiden tetap berlaku dan saya percaya ia sedang disiasat polis. Tindakan boleh diambil terhadap penganjur yang tidak mematuhi garis panduan,” katanya.

Sabtu lepas, perlumbaan yang tidak mendapat kelulusan MAM menyaksikan kereta Honda dipandu anggota Team Prostreet KB dari Brunei, Abang Adib Abang Ali, 36, hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri litar perlumbaan, mengakibatkan pemandu itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan