ARTIKEL

Kredit: Bernama

Prestasi niaga hadapan serantau, isu bekalan pacu pasaran getah ditutup tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan komoditi itu selain kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli, kata peniaga.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata sentimen pasaran lebih positif selepas kerajaan China mengumumkan langkah rangsangan bagi memacu prestasi ekonomi.

China mengekalkan kadar utama pinjaman (LPR) dikekalkan pada 3.10 peratus manakala LPR lima tahun juga kekal pada 3.60 peratus.

“Bagaimanapun, keuntungan seterusnya dikekang oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan berkaitan ketegangan AS-China yang meruncing,” katanya.

Presiden Donald Trump pada Rabu berkata akan mengumumkan tarif ke atas kayu, kereta, semikonduktor dan farmaseutikal pada bulan depan atau lebih awal.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata setakat jam 3 petang, Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada 924.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 3.5 sen kepada 693.5 sen sekilogram. — Bernama

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah