ARTIKEL

FOTO INSTAGRAM | prettynina

Pretty Nina kongsi cabaran Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Industri seni di Sarawak tidak pernah ketandusan bakat hebat dan antara nama yang semakin mendapat perhatian ialah Pretty Nina.

Pretty Nina, penyanyi dan pelakon sepenuh masa yang berasal dari Kampung Melayu Balai Ringin, Serian, dan kini menetap di Kuching, terus aktif mewarnai dunia hiburan tempatan melalui karya serta persembahan yang penuh tenaga dan karisma.

Walaupun jadual seninya agak padat, Ramadan tetap menjadi bulan yang paling dinanti-nantikan oleh anak seni ini.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, Pretty Nina tidak menafi kan wujud cabaran tersendiri sepanjang menjalani ibadah puasa.

Menurutnya, cabaran terbesar ialah mengawal diri daripada pembaziran, khususnya dalam soal makanan dan perbelanjaan untuk membeli pakaian menjelang Aidilfi tri.

“Ramadan mengajar kita erti kesederhanaan.

Cabaran paling besar bagi saya ialah menahan diri daripada membeli secara berlebihan, terutama ketika melihat pelbagai juadah di bazar dan promosi pakaian raya,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Bagi mengatasi perkara tersebut, Pretty Nina memilih untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa di rumah dan mengurangkan kunjungan ke bazar Ramadan.

Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, langkah itu juga membantu mengelakkan pembaziran makanan.

“Apabila memasak sendiri, kita tahu berapa banyak yang diperlukan.

Semuanya lebih terancang dan tidak membazir.

Malah, saya lebih puas hati dapat menyediakan makanan untuk keluarga,” ujarnya.

Dalam soal persiapan Aidilfi tri pula, beliau lebih selesa memilih pakaian yang sederhana dan berpatutan, asalkan kelihatan kemas dan sopan.

“Tidak perlu terlalu mewah. Yang penting selesa dan sesuai. Ramadan sepatutnya mendidik kita supaya tidak terlalu mengejar kemewahan, tambahnya.

Sebagai seorang yang amat mementingkan nilai kekeluargaan, Pretty Nina menjadikan amalan berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih bersama-sama keluarga sebagai rutin wajib setiap kali Ramadan.

“Momen berbuka bersama-sama keluarga ialah saat yang paling saya nantikan.

Suasana itu sangat berharga dan tidak boleh diganti dengan apa pun,” katanya penuh syukur.

Beliau turut menekankan kepentingan bersedekah sepanjang bulan mulia ini.

Baginya, Ramadan ialah peluang terbaik untuk berkongsi rezeki dan menggandakan pahala.

“Ramadan ialah bulan memberi.

Setiap sedekah, walau kecil nilainya, insya-Allah besar ganjarannya.

Saya percaya, apabila kita berkongsi rezeki, Allah akan meluaskan lagi pintu rezeki kita,” jelasnya.

Dalam menjaga kesihatan ketika berpuasa, Pretty Nina tidak pernah meninggalkan sahur.

Beliau memilih menu yang ringkas seperti kurma, nasi dalam kuantiti kecil, mengurangkan pengambilan makanan berminyak serta minum air kosong secukupnya agar kekal bertenaga sepanjang hari.

“Sahur sangat penting bagi saya.

Ia membantu saya kekal fokus dan bertenaga walaupun ada latihan atau persembahan pada siang hari,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pemakanan seimbang bukan sahaja membantu mengurangkan rasa lapar dan dahaga, malah mengelakkan rasa lesu serta memastikan komitmen kerjaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Dalam kesibukan sebagai anak seni, Pretty Nina bersyukur kerana masih diberi kesempatan menikmati Ramadan bersamasama keluarga tercinta.

Baginya, kejayaan dan populariti tidak membawa makna tanpa doa serta sokongan insan tersayang.

“Apa pun pencapaian saya hari ini, semuanya kerana doa keluarga.

Ramadan mengingatkan saya supaya sentiasa merendah diri dan menghargai mereka yang sentiasa ada di sisi,” katanya.

Ramadan kali ini juga dijadikan peluang untuk beliau memperbaiki diri dan meningkatkan amalan ibadah.

Pretty Nina percaya, keberkatan bulan penuh rahmat ini bukan sahaja menyucikan jiwa, malah memberi kekuatan baharu untuk terus berkarya dan mengharumkan nama Sarawak dalam industri seni.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka