ARTIKEL

Dr Johari Abdul ketika menyampaikan syarahan ‘Bicara Ketatanegaraan: Membangun Masa Hadapan’ FOTO RAMIDI SUBARI

Prinsip utama pemimpin utamakan kesejahteraan dan pembangunan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seseorang pemimpin politik harus mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi untuk membuat sebarang perubahan yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul berkata, semua orang layak untuk menjadi pemimpin politik sekiranya mereka mempunyai prinsip mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan rakyat.

“Apa yang perlu diambil kira untuk menjadi pemimpin politik, kamu perlu bangun awal pagi dan melihat di sekeliling anda, melihat kampung, melihat kumpulan, melihat orang-orang anda dan melihat kepada negara anda.

“Yakin dan percaya dia mempunyai kemampuan untuk membuat perubahan dan yakin dan percaya kalau diberikan peluang dia akan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama-sama peserta pada majlis Syarahan ‘Bicara Ketatanegaraan: Membangun Masa Hadapan’ sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 di Dewan Jubli Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, di sini, semalam.

Untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berjaya katanya, seseorang itu perlulah peka dan menyumbang secara berterusan terhadap pembangunan masyarakat, negeri dan juga negara.

“Jangan tanya apa lagi yang tidak dibuat, tanya apa lagi yang boleh kamu sumbangkan.

“Sekarang semua ada YouTube, telefon pintar, Google, mana-mana negara boleh tengok, bayangkan anda mempunyai kedudukan, anda boleh membangunkan negeri anda seperti yang anda idamkan, itulah nama seorang pemimpin politik,” katanya.

Tambahnya, untuk ke arah itu seseorang pemimpin politik haruslah berilmu, bersedia dan sanggup berkorban.

Johari, 69, mula memasuki gelanggang politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dengan bertanding atas tiket PKR di Parlimen Sungai Petani, Kedah pada November tahun 1999.

BERITA LAIN

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai