ARTIKEL

PRK Dun Ayer Kuning: UMNO Perak Optimis, Namun Tidak Pandang Mudah Pihak Lawan 25/02/2025 12:55 AM Datuk Seri Saarani Mohamad

PRK Dun Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: UMNO Perak tidak memandang mudah keupayaan mana-mana pihak lawan, namun akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

“Di atas kertas sepatutnya ia beri kemenangan besar kepada calon Kerajaan MADANI. Ini kerana jika kita ambil perkiraan mudah, pada pilihan raya lepas, BN memperoleh lebih 9,000 undi manakala PH (Pakatan Harapan) sekitar 6,000 undi.

“Jika ditambah, bermakna kita ada 15,000 undi melalui kedua-dua gabungan. Namun, kita tak boleh pandang mudah sebab perkara seumpama ini sifatnya dinamik. Usaha perlu diteruskan untuk berjumpa dan menemui pengundi terutama pengundi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Terdahulu, Saarani memaklumkan UMNO Perak sudah mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Georgetown. 

Sehubungan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning perlu diadakan kerana penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.

​​​Saarani berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bersama pimpinan PH bagi memastikan gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.

“Ya, dari segi penyusunan itu pastilah BN akan mencari undi-undi penyokong BN yang asal dan PH akan berusaha turun padang untuk mencari sokongan pengundi mereka.

“Ini kolaborasi yang dibuat kedua-dua pihak sebelum ini seperti di (PRK) DUN Pelangai (Pahang) dan (PRK DUN) Mahkota (Johor),” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha