ARTIKEL

PRK DUN Jepak: Calon harus tumpu pembinaan kekuatan ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dalam suasana politik yang amat stabil di Sarawak pada waktu ini, calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak seharusnya menumpukan kempen kepada isu dan soal yang lebih menjurus kepada pembinaan kekuatan ekonomi yang akan menjamin kesejahteraan penduduk.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata isu dan kaedah lapuk yang bersifat menyerang dan membunuh karekter individu lawan mahupun yang bersifat permusuhan mungkin tidak perlu dijadikan bahan kempen.

“Rakyat ingin mendengar dan menilai apakah kebaikan dan hasil yang boleh dibawa oleh wakil yang dipilih nanti daripada hanya melontarkan tohmahan di sepanjang kempen yang ternyata tidak dapat mengubah apa-apa atau memberikan nilai tambah terhadap kesejahteraan rakyat di sana, selain hanya berada di takuk lama,” katanya yang dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata tempoh 14 hari berkempen yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah yang amat selesa bagi calon-calon bertanding.

Katanya ia dapat dimanfaatkan oleh setiap calon untuk berkempen secara objektif dan bermatlamat dalam mengenengahksn isu-isu serta tumpuan yang berkisar kepada kesejahteraan rakyat dalam segenap aspek.

Menjelas lanjut, Mohd Fadzil berkata aspek kemajuan dan taraf serta gaya hidup dan kestabilan ekonomi seharusnya perlu dilibatsamakan bagi membolehkan tempias kemajuan turut dirasai masyarakat Jepak.

Selain itu, katanya adalah peningkatan sumber pendapatan melibatkan kewujudan peluang pekerjaan, pembangunan usahawan kecil dan sederhana, perniagaan hiliran serta kemudahan prasarana yang berstruktur dan terancang seiring dengan rangka pembangunan besar negeri yang sedang giat diusahakan.

“Dengan kata lain, wakil rakyat dipilih harus memastikan penduduk Jepak peka kepada hala tuju dan peluang yang terhidang terutama melalui ekonomi hijau dan ekonomi hidrogen.

“Ia termasuk perancangan lain seperti pemodenan sektor pertanian yang sedang hangat dipacu oleh kerajaan negeri sebagai peluang unruk menjana dan meningkatkan ekonomi penduduk DUN Jepak,” katanya.

Hari ini, SPR menetapkan 4 November sebagai tarikh hari mengundi bagi PRK DUN Jepak manakala hari penamaan calon pada 21 Oktober, hari mengundi awal pada 31 Oktober, dengan tarikh writ pada 25 September.

Timbalan Pengerusi SPR Dr. Azmi Sharom berkata tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga jam 11.59 malam, 3 November.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU