ARTIKEL

PRK Jepak: Calon GPS selesai mengundi, seru pengundi muda tunai tanggungjawab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.

Iskandar, 54, yang berbaju kemeja hitam tiba jam 8.30 pagi ditemani isterinya, Dayang Loha Awang Sahari, 52, mengundi di saluran dua. Dayang Loha, kemudian turut mengundi di saluran dua.

Iskandar ketika ditemui media usai membuang undi menyeru kepada semua pengundi di DUN Jepak terutama golongan muda untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Ini adalah peperiksaan terakhir bagi saya dengan saya mempunyai panel temu duga seramai lebih 22,000 orang.

“Jika ada rezeki malam ini saya akan dapat surat tawaranlah.

“Jika diizinkan Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan oleh pengundi-pengundi di DUN Jepak,” katanya kepada pemberita.

Proses pengundian hari ini berjalan lancar dengan pengundi dilihat mengambil kesempatan cuaca yang baik pada sebelah pagi untuk keluar melunaskan tanggungjawab mereka.

Sebanyak 14 pusat pengundian melibatkan 45 saluran dibuka sejak jam 7.30 pagi tadi hingga 5.30 petang ini.

SK Bintulu merupakan satu daripada 14 pusat mengundi bagi PRK DUN Jepak dengan enam saluran disediakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan seramai 3,248 pengundi.

Peratusan keluar mengundi setakat jam 9 pagi ini adalah 13 peratus.

PRK Jepak diadakan susulan kematian kematian bekas ADUN kawasan itu, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip,72, akibat komplikasi buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis pada 15 September lalu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha