ARTIKEL

BERI PENERANGAN…Abang Johari (kiri) menjawab sewaktu sesi soal jawab sesi Sarawak Agenda Townhall #tanyakAbangJo sempena LBAS 2023 di MITEC. | MOHD ALIF NONI

PRK Jepak: GPS berterima kasih kepada PH dan PN tidak letak calon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berterima kasih kepada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.

Pengerusinya yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak hanya boleh diuruskan oleh rakyatnya sendiri tanpa pengaruh luar.

“Kita tidak kata kita kuat tetapi setidak-tidaknya mereka faham bahawa Sarawak hanya boleh diurus oleh anak Sarawak sendiri.

“Jadi saya harap bahawa masa hadapan kita cerah kerana adanya anak Sarawak yang mempertahankan sistem politik yang terdapat di negeri ini,” katanya ketika menjawab soalan pada Sarawak Agenda Townhall #tanyaAbangJo pada program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di MITEC, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, barisan Menteri Persekutuan, Menteri Kerajaan Sarawak, Ahli Parlimen dan Adun Sarawak.

Terdahulu, PRK Dun Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara GPS, Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat (Aspirasi).

GPS meletakkan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Iskandar Turkee untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara PBK mencalonkan Stevenson Joseph Sumbang manakala Aspirasi mencalonkan Chieng Lea Ping.

PRK DUN Jepak diadakan selepas penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 13 September lalu.

Allahyarham Talib pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang lepas memperoleh 6,277 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Raba’ah Tudin (2,034), calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang (587) dan calon Bebas, Tuah Kazan (141).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan