ARTIKEL

PRK Jepak: Jentera PRS bantu calon GPS kempen di rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Semangat setia kawan Gabungan Parti Sarawak (GPS) jelas terserlah apabila semua komponen partinya turun padang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak untuk memastikan kemenangan besar diperoleh.

Jika sebelum ini Parti Demokratik Progresif (PDP) memberitahu mengerahkan jenteranya membantu calon GPS, Iskandar Turkee berkempen di rumah-rumah panjang dalam DUN Jepak, perkara yang sama juga dinyatakan oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Menurut Ahli Majlis Tertinggi PRS Kennedy Chukpai Ugon, pihaknya bersama-sama ahli komponen parti GPS yang lain menjalin kerjasama erat dengan menyelaras program serta aktiviti sepanjang tempoh berkempen tersebut.

“DUN ini mempunyai sejumlah 98 rumah panjang dengan 27 daripadanya adalah di bawah PRS. Justeru kita telah merangka dan mengenal pasti kawasan ahli-ahli untuk kita menggerakkan jentera bagi membantu sepanjang tempoh berkempen.

“Namun ia diselaraskan dengan semua program yang dilaksanakan oleh komponen parti GPS yang lain di bawah bilik gerakan induk.

Kita akan turun padang bersama-sama, begitu juga bagi pihak PDP,” katanya.

ADUN Murum itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Desa Cergas di Rumah Lebung anak Luang di sini, hari ini.

“Malah, saya berasa kagum dan gembira melihat kerjasama baik penduduk di rumah panjang.

Sambutan mereka terhadap calon GPS juga sangat memberangsangkan kerana memang menyambut baik dan bersetuju dengan calon pilihan Premier ini.

“Justeru, diharap dengan kerjasama baik dan semangat padu ini, ia dapat direalisasikan pada hari mengundi, 4 November depan dengan kemenangan yang besar,” tegasnya.

Terdahulu pada Ahad, Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu jentera PDP mempunyai tugas khusus iaitu turun berkempen di kawasan rumah panjang dalam DUN Jepak bagi memastikan GPS meneruskan penguasaan di kawasan pinggir bandar itu.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial