ARTIKEL

Calon GPS, Iskandar Turkee (tengah) bersama-sama calon ASPIRASI Chieng Lea Phing (kiri) dan calon PBK Stevenson Joseph Sumbang (kanan) selepas pengumuman calon untuk PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

PRK Jepak: Saingan tiga penjuru antara GPS, PBK dan ASPIRASI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang berlangsung pada 4 November ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI).

GPS yang mencalonkan Iskandar Turkee, 54, dicabar oleh calon PBK Stevenson Joseph Sumbang, 42 dan calon ASPIRASI, Chieng Lea Phing, 62.

Pengumuman tiga pencalonan itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey, di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Bintulu , pada jam 10.30 pagi ini.

Menurut Abang Zainuddin, pencalonan Iskandar yang merupakan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sarawak diterima pada 9.03 pagi.

Sementara pencalonan wakil PBK, Stevenson Joseph Sumbang, 42, diterima pada 9.09 pagi dan pencalonan calon Aspirasi, Chieng Lea Phing, 64, diterima pada 9.12 pagi.

Berdasarkan daftar pemilih terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi dengan 43 orang daripadanya terdiri dari pengundi awal.

PRK DUN Jepak diadakan selepas penyandang kerusi itu Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 13 September lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) yang diadakan pada 18 Disember 2021, Talib memperoleh 6,277 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Raba’ah Tudin (2,034), calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang (587) dan calon Bebas, Tuah Kazan (141).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu