ARTIKEL

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

PRN Melaka: BN umum senarai calon 28 Okt ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 28 Okt ini, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka menegaskan bahawa calon dipilih nanti akan memikul amanah besar untuk mengekalkan mandat dan memastikan parti menang seperti dilapor Bernama.

Selain itu, Ab Rauf menyatakan sesiapa sahaja dipilih sebagai calon akan membawa semangat perjuangan UMNO dan BN, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu di Sungai Udang malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi MCA Melaka Datuk Lim Ban Hong dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Rais Yasin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 31 Okt sebagai tarikh penamaan calon, 10 Nov untuk pengundian awal dan 14 Nov bagi hari mengundi PRN Melaka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU