ARTIKEL

Nga Kor Ming

PRN Negeri Sembilan: DAP terima kekalahan dengan hati terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: DAP menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dengan hati terbuka serta menghormati mandat yang diberikan rakyat menerusi proses demokrasi.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berkata walaupun keputusan itu tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) seperti diharapkan, gabungan tersebut menerimanya dengan rendah hati dan akan melakukan penilaian menyeluruh bagi memperbaiki kelemahan.

Beliau berkata kekalahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan Repah merupakan pengalaman yang sukar, namun PH tidak akan berputus asa, sebaliknya akan bermuhasabah serta menilai semula strategi bagi meraih kemenangan pada masa depan.

DAP, katanya, akan terus berpegang teguh pada perjuangan parti dan berusaha mendapatkan semula keyakinan rakyat menerusi prestasi kerja serta rekod perkhidmatan.

Nga turut merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atas kepimpinan beliau sepanjang kempen PRN.

Loke yang bertanding di DUN Chennah tewas kepada calon MCA, Siow Kong Choon dengan majoriti 688 undi, manakala penyandang DUN Repah, S. Veerapan tewas kepada calon BN, Koh Kim Swee dengan majoriti 444 undi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, DAP memenangi sembilan daripada 11 kerusi DUN yang ditandingi seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU