ARTIKEL

Saifuddin pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Mohd Musa, di sini, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

PRN Sabah berjalan lancar, hanya laporan kecil diterima PDRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tiada sebarang insiden memudaratkan atau menjejaskan kelancaran proses demokrasi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berakhir pada jam 12 tengah malam, tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata walaupun terdapat beberapa laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen, ia melibatkan isu kecil seperti menurunkan lambang parti serta dakwaan berkait ucapan ketika ceramah politik.

“Polis akan meneliti perkara ini. Saya tidak ingat jumlah laporan yang diterima tetapi ia melibatkan jumlah yang kecil sahaja.

“Kita akan meneliti ia di bawah seksyen apa serta akta yang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani, JPPM di SK Dato Mohd Musa, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai PRN Sabah, beliau berkata kekuatan semasa polis di negeri itu berjumlah 9,000 anggota, namun penilaian keselamatan mendapati keperluan sebenar adalah 10,000 anggota.

Justeru, katanya, anggota dari Sarawak dikerahkan bagi memenuhi keperluan keselamatan sepanjang PRN berlangsung.

“Ia penting kerana jumlah tersebut diperlukan untuk memastikan keselamatan terjamin termasuk mengiringi peti undi, menjaga keselamatan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), serta keselamatan rakyat yang menunaikan tanggungjawab mengundi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Jadi kita minta bantuan dari Sarawak. Itu sahaja konteksnya. Bagaimanapun, jangan risau, ketenteraman Sarawak untuk hari ini (29 November) masih tidak ada masalah. Anggota ini hanya membantu sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 1,031 pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak digerakkan ke Sabah bagi membantu kelancaran PRN yang dijadual berlangsung pada 29 November ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota polis yang terlibat dalam menjaga keselamatan sepanjang proses PRN Sabah.

Sementara itu, menyentuh isu tamat tempoh mandat Ahli Dewan Negara, beliau memberi bayangan positif mengenai pelantikannya yang berkemungkinan disambung untuk penggal kedua.

“Tunggu dulu, ‘senatorship’ saya tamat pada 2 Disember ini. Tetapi saya telah diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyertai beliau semasa Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 pada 3 dan 4 Disember ini.

“Ia berlangsung selepas ‘senatorship’ saya tamat. Jadi saya tidak pasti kalau itu isyarat yang baik,” katanya.

Ditanya sama ada itu berita gembira, beliau enggan mengulas dan hanya ketawa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha