ARTIKEL

PRN Sarawak: Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Menurutnya, hal ini adalah untuk memastikan proses penamaan calon berjalan lancar tanpa mengganggu ketenteraman awam.

“Aktiviti seperti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.

“Selain itu, penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal calon juga tidak dibenarkan untuk hadir ke PPC,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyeru agar semua calon dan parti politik yang terlibat untuk sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, etika dan arahan yang dikeluarkan pada hari tersebut.

Sementara, surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan kertas penamaan calon bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik.

Di samping, pihak SPR juga menyeru kepada bakal calon yang ingin bertanding agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tertentu sebelum hari penamaan untuk memudahkan proses tersebut.

“Resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari tersebut sebagai bukti bayaran bertujuan untuk memastikan proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

“Kertas penamaan calon pula boleh dikemukakan bermula dari jam 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 82 PPC yang berkenaan oleh calon, pencadang dan penyokong atau dua orang daripada yang dinyatakan atau salah seorang daripada mereka,” katanya.

SPR telah menetapkan bahawa tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak adalah pada 6 Disember ini (Isnin).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha