Produk ganja dikaitkan dengan e-rokok

Sebilangan ratusan pengguna rokok elektronik (e-rokok) yang mengalami masalah paru-paru sejak beberapa bulan kebelakangan ini maut kerana menggunakan produk ganja pasaran gelap, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

CDC bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan, dan penyebab sebenar penyakit itu belum jelas, namun laporan awal menyebut jenama palsu, Dank Vapes, berpotensi bermasalah.

Setakat ini di Amerika Syarikat, lebih 800 orang mengalami kecederaan paru-paru dikaitkan dengan penggunaan e-rokok. Dua belas daripadanya meninggal dunia.

Daripada 514 pesakit yang mengakui menggunakan produk vape, 77 peratus daripada mereka menggunakan produk mengandungi THC (tetrahydrocannabinol), bahan psikoaktif dalam ganja.