ARTIKEL

Produk pertanian Sarawak bersaing dengan negara luar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah komited membantu industri pertanian di negeri ini mengeksport hasil pertanian ke luar negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia selaras dengan visi Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030.

Menurutnya, untuk mencapai sasaran itu, produk pertanian di negeri ini harus menepati standard Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP) dan sijil Halal.

“Ini menjadi cabaran besar, tetapi saya melihat mereka teruja dan kita mempunyai banyak tanah untuk diubah menjadi unit pengeluaran hasil pertanian.

“Bagi menjadikan ia berdaya saing, Jabatan Pertanian akan membawa teknologi dengan kaedah baharu dan program untuk membantu mereka,” katanya pada majlis perasmian Program Jangkauan Komuniti Lanjutan di Balai Raya Kampung Kopit kelmarin.

Turut hadir Adun Serembu Miro Simuh; Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang. Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, Kampung Kopit mempunyai tanah yang luas untuk dijadikan tanah pertanian.

Beliau berkata, beberapa petani yang berminat mengubah tanah mereka untuk tujuan pertanian harus dibantu dengan penggunaan teknologi dan kaedah pertanian baharu serta perbincangan dengan Persatuan Peladang Kawasan Bau mengenai cara memproses produk.

Tambah Uggah, RM1 juta telah diluluskan di bawah Dana Kemudahan Pertanian untuk Dun Serembu bagi membantu membangunkan tanah penduduk untuk pertanian.

Jelasnya lagi, industri pertanian bukan hanya persaingan sesama sendiri, namun bersaing dengan negara lain seperti Taiwan, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

“Untuk itu, kita harus mengangkat sektor pertanian kita sehingga mampu bersaing dengan pasaran antarabangsa,” katanya

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha