ARTIKEL

Sudaryo bersama kakitangan Sumiran mengagih bubur lambuk kepada orang ramai di Open Air Market, Kuching.

Program Agihan Bubur Lambuk Sumiran Meriahkan Ramadan di Open Air Market

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Sumiran di Warong Sumiran, Open Air Market, Kuching, mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, sekali gus menyemarakkan lagi semangat Ramadan tahun ini.

Program yang bermula pada jam 2.00 petang itu diketuai oleh Pengarah Urusan Sumiran, Sudaryo Osman, bersama pasukan kakitangan syarikat yang turun padang untuk mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Bubur lambuk yang diagihkan merupakan hasil sumbangan para dermawan yang prihatin dalam menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sumiran bagi bulan Ramadan.

Sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan apabila semua bubur lambuk yang disediakan habis diagihkan dalam masa yang singkat.
komuniti.

Menurut Sudaryo, program ini bukan sahaja bertujuan berkongsi rezeki tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara Sumiran dan masyarakat setempat.

Program ini antara inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan sosial dan menyemai semangat prihatin dalam kalangan masyarakat, seiring dengan nilai-nilai murni yang ditekankan sepanjang bulan Ramadan.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi