ARTIKEL

Program Akad Semarak Ummah 2023 mampu meningkatkan kependudukan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan penganjuran program Akad Semarak Ummah 2023 yang dilihat dapat membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan kependudukan di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha itu perlu dilaksanakan susulan kadar kesuburan penduduk di Malaysia menurun sejak lima dekad lalu.

“Kadar kesuburan penduduk negara telah menurun dengan mendadak daripada 6.7 orang anak bagi seorang wanita pada 1957 kepada 4.0 orang anak pada 1980.

“Seterusnya, pada 2000 hanya 3.0 anak, 2010 sebanyak 2.1 anak dan terkini hanya 1.6 orang anak pada 2022, sekali gus menjadi kadar terendah pernah dicatatkan oleh negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, penurunan kadar kesuburan ini akan mempercepatkan proses penuaan penduduk negeri seperti di Malaysia dijangka menjadi negara tua pada 2044, apabila 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya berumur 60 tahun ke atas. 

“Jika kadar kesuburan terus menurun dengan kadar semasa dan tiada intervensi diambil bagi menangani situasi ini, penduduk negara dijangka mencapai jumlah maksimum sebanyak 46 juta orang pada tahun 2071 sebelum mengalami penguncupan penduduk pada tahun berikutnya.

“Disebabkan itu juga, saya secara peribadi menggalakkan program seperti akad nikah beramai-ramai ini supaya kita dapat meningkatkan kadar kelahiran dan kependudukan Malaysia khususnya di Sarawak,” ujarnya.

RAKAMAN KENANGAN… Nancy (berdiri tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat serta 30 pasangan pengantin yang diijabkabulkan, hari ini.
BERCAKAP… Nancy ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana, dekat sini, hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah