ARTIKEL

Program Bicara Sejarah Sarawak tarik 300 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 300 peserta hadir dalam Program Bicara Sejarah Sarawak yang bertemakan Semarak Rasa Cinta Kepada Negara, yang berlangsung di Hotel Imperial, hari ini.

Program berkenaan merupakan anjuran julung kalinya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) melalui Arkib Negara Malaysia.

Menurut Menteri Motac Datuk Seri Nancy Shukri, ia merupakan satu program yang memberi impak dan inspirasi kepada semua golongan rakyat dalam menghayati dan memahami perjuangan pribumi Sarawak khususnya dalam menuntut kemerdekaan.

Katanya, inisiatif ini dapat memperkasa jati diri dan semangat nasionalisme terhadap negeri dan negara yang kita sayangi.

“Antara objektif penganjuran program tersebut adalah untuk menceritakan faktor kejayaan perjuangan kemerdekaan yang dicapai oleh penduduk Sarawak ketika itu.

“Ia juga untuk mengenang jasa perjuangan tokoh dengan mengambil iktibar teladan daripada kisah perjuangan berkenaan,” katanya ketika menyempurnakan perasmian program tersebut, hari ini.

Untuk rekod, Bicara Sejarah Sarawak ini terbahagi kepada dua tajuk utama iaitu Bicara Sejarah: Peranan Pribumi Sarawak Dalam Perjuangan Kemerdekaan dan Bicara Sejarah: Peranan Komuniti Dalam Persejarahan Negeri Sarawak.

Tajuk pertama tersebut melibatkan tiga orang tokoh pembicara iaitu Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Datuk Dr Sanib Said, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Unimas Profesor Dr Neilson Ilan Mersat, Pensyarah Unimas Dr Adibah Yusuf, dan moderator adalah Pensyarah Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Sementara itu, tajuk kedua melibatkan tokoh pembicara dari Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari, Pensyarah Unimas Dr Juna Liau, Dr Habids Buhigiba Mohd Bustaman dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Ahli Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU