ARTIKEL

RAKAM KENANGAN... Peserta merakam kenangan selepas majlis penutupan.

Program CDBK 2026 UiTM perkukuh jaringan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Come Discover Bumi Kenyalang (CDBK) 2026 anjuran UiTM Global Sarawak (UGS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak memperkukuh jaringan antarabangsa, pembangunan bakat serta promosi Sarawak sebagai destinasi pendidikan dan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Menurut kenyataan media UiTM Sarawak, program bertemakan ‘Culture, Discovery, Connection’ menjadi platform peserta meneroka keunikan budaya, warisan, pendidikan dan pelancongan Sarawak, selain membina hubungan rentas budaya serta jaringan profesional dan akademik.

RASMI… Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Morshidi Fredri merasmikan CDBK 2026.

Program berlangsung pada 23 Ogos lalu disertai 53 delegasi terdiri daripada 47 pelajar dan enam pegawai pengiring dari lima institusi pengajian tinggi dari Kemboja, China dan Indonesia.

Institusi terbabit ialah National University of Management, Kemboja; Universitas Panca Bhakti dan Universitas Trisakti, Indonesia; serta Guangxi Minzu Normal University dan Quanzhou Vocational & Technical University, China.

Sepanjang program, peserta menyertai pelbagai aktiviti pembelajaran dan pertukaran budaya termasuk Jom Klaka Bahasa Sarawak, aktiviti rekreasi serta lawatan ke Sumiran Eco Park, Borneo Cultures Museum, Kuching Waterfront dan Jong’s Crocodile Farm.

Menurut kenyataan itu, pendekatan menggabungkan pendidikan, pelancongan dan diplomasi budaya memberi pengalaman pembelajaran holistik, selain memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi pendidikan, kebudayaan, penyelidikan, inovasi dan pelancongan.

Majlis penutupan di Dewan Jubli disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Morshidi Fredri, mewakili Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka