ARTIKEL

Program derma darah Maksak Sarawak dapat sambutan menggalakkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Program Derma Darah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) Sarawak 2023 mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat, dekat sini.

Setiausaha Maksak Bahagian Samarahan Welson Malian berkata, sebanyak 30 pendaftaran untuk menderma darah diterima setakat jam 10 pagi tadi.

“Kita sangat gembira melihat sambutan yang baik dan amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat di sini.

“Selain itu, menerusi program ini juga kita menyasarkan untuk mendapatkan sebanyak 70 pain darah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Program Derma Darah Maksak Sarawak 2023 di The Summer Shopping Mall, di sini, hari ini.

Program yang disempurnakan oleh Pengerusi Maksak Wanita Sarawak Datin Amar Baduyah Bujang tersebut merupakan projek Jelajah Kebajikan yang bertemakan ‘Setitik Darah Sejuta Harapan Maksak Sarawak’ bagi setiap suku tahun di lokasi yang terpilih bermula pada 2022.

BERCAKAP… Welson bercakap kepada pemberita selepas perasmian Program Derma Darah Maksak Sarawak 2023 di Kota Samarahan, hari ini.

Ia dianjurkan di Bahagian Samarahan juga bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Dalam berkaitan, Program Sumbangan Ikhlas Maksak Wanita di Ambang Ramadan anjuran Biro Kebajikan dan Biro Sosial Exco Maksak Wanita Sarawak turut berlangsung Klinik Kesihatan Kota Samarahan, hari ini.

Ia merupakan program yang julung kali diadakan di ambang Ramadan sebagai usaha untuk mempelbagaikan aktiviti kebajikan tahunan yang dipertanggungjawabkan kepada Exco Maksak Wanita Sarawak.

Menerusi program tersebut, Maksak Wanita Sarawak turut menyumbangkan RM10,000 kepada Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

SUMBANGAN… Baduyah (empat kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM10,000 kepada wakil Klinik Kesihatan Kota Samarahan, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan