ARTIKEL

Program hebat bantu jana ekonomi 6,208 wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus membantu kaum wanita terutamanya dari segi ekonomi.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Program Wanita Bangkit @KPWKM My Kasih Kapital Yayasan Kebajikan Negara (YKN) adalah antara program untuk membantu wanita.

“Seramai 6,208 wanita telah menyertai program ini dan mereka diberikan modal perniagaan, bimbingan dan motivasi serta dihubungkan dengan perniagaan bersama mentor-mentor berpengalaman yang juga rakan strategik YKN.

“Dengan itu, sejumlah RM3.1 juta peruntukan telah diserahkan khusus kepada Sarawak untuk program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Wanita Bangkit @ KPWKM MyKasih Kapital YKN di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 90 peratus peserta program ini berjaya mengekalkan pendapatan dengan menjalankan perniagaan dari rumah.
“Peserta terpilih akan dipantau selepas enam bulan menerima bantuan modal dan menjalani kursus daripada YKN. Tetapi untuk tahun 2023, pemantauan diawalkan selepas tiga bulan menyertai program ini.

“Pemantauan akan dilakukan oleh sukarelawan dan peserta diharap memberi kerjasama melaporkan kemajuan mengenai perniagaan masing-masing.

“Tujuan pemantauan bagi mengenal pasti peserta yang dirujuk ke fasa seterusnya untuk mengembangkan perniagaan melalui Program Penjanaan Pendapatan Wanita (WEJANA) oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan membangunkan kapasiti meliputi elemen kemahiran melalui bimbingan dan latihan,” jelasnya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, peserta akan dirujuk kepada bantuan di bawah skim yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Di samping itu, beliau memberitahu, Program Wanita Bangkit @KPWKM telah diperkaya dengan pendekatan bimbingan, kaunseling dan pendidikan psiko daripada Kaunselor Berdaftar Pusat Sokongan Sosial Setempat YKN.
“Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan jati diri, kesedaran dan ilmu baharu melalui sokongan emosi khususnya wanita yang kehilangan pendapatan, perceraian, penderaan atau terbeban dengan kos sara hidup.

“Program ini turut menyediakan perkongsian pengalaman dan tips perniagaan daripada usahawan mentor.

Mereka memberi semangat dan motivasi kepada peserta sekali gus membantu membangunkan jaringan dalam usaha kecil-kecilan peserta,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berharap agar peserta mengambil peluang ini kerana ia adalah platform terbaik untuk meningkatkan peranan wanita dalam ekonomi negara.

“Program ini bukan sahaja membantu wanita keluar daripada belenggu kesusahan menjadi usahawan berjaya, malah memberi peluang pekerjaan dan menggalakkan perniagaan kecil-kecilan.
“Oleh itu, saya menyeru 500 peserta di Mukah yang hadir untuk mengambil peluang ini demi peningkatan ekonomi keluarga dan kehidupan yang lebih baik,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan