ARTIKEL

Ketibaan Irwan di Dewan Kampung Kolong 2 yang diiringi oleh Sri Kestury Mohammed Zamhari. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)

Program JIWA@Komuniti MADANI semai semangat kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Komuniti MADANI tampil sebagai pemacu utama menyemai semangat kebangsaan dan menggalakkan pelibatan aktif rakyat menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, sebagai Komuniti MADANI Petra Jaya, rakyat digalakkan menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini lebih bermakna. 

“Langkah ini boleh dilaksanakan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah melalui kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program JIWA@Komuniti MADANI Daerah Kuching sempena sambutan HKHM di Dewan Komuniti TSDA Dr. Sulaiman Hj. Daud, Kampung Kolong 2, hari ini.

Menurutnya, keberkesanan program ini terletak pada kerjasama strategik antara kerajaan sebagai pemacu dasar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pelaksana program dan masyarakat setempat sebagai penerima manfaat program.

Para tetamu kehormat disambut dengan tarian kebudayaan. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)

“Pendekatan holistik ini bukan sekadar memeriahkan sambutan HKHM tetapi lebih penting lagi membina kapasiti komuniti untuk terus mengamalkan nilai-nilai MADANI secara berterusan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap ADUN N.6 Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman memaklumkan bahawa program ini mempunyai nilai penting kerana ia diraikan untuk memeriahkan sambutan HKHM.

“Bagi meraikan hari bersejarah ini, kita perlu memahami maksud HKHM serta latar belakang sejarah kejayaan kita dalam membentuk sebuah negara Malaysia.

Irwan dibawa untuk melawat reruai pameran daripada agensi-agensi yang terlibat. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)

“Terbentuknya sebuah negara Malaysia hari ini tidak datang bergolek tetapi ia memerlukan pengorbanan, kebijaksanaan dan pandangan serta visi yang jauh daripada pejuang kemerdekaan dan pemimpin pada masa tersebut,” ujarnya. 

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari turut menjelaskan bahawa program itu merupakan inisiatif JAPEN untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat setempat. 

Beliau turut memaklumkan bahawa program tersebut telah dimulakan dengan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bermula jam 8.00 pagi. 

“Ia dilaksanakan di tiga lokasi simbolik iaitu di DUN N.6 Tupong, DUN N.7 Samariang dan DUN N.6 Satok bagi upacara memacak Jalur Gemilang,” tambahnya. 

Jelasnya, Konvoi KMJG daerah Kuching itu melibatkan penyertaan 42 peserta konvoi yang terdiri daripada motosikal skuter dan kenderaan. 

“Konvoi dimulakan di hadapan Tebingan Sungai Sarawak yang bergerak ke destinasi pertama iaitu di rumah peserta konvoi, Zulaikha Ramzi di Jalan Datuk Paduka Sitom Off Jalan Patinggan Kuching untuk acara simbolik memacak Jalur Gemilang.

“Konvoi seterusnya bergerak ke destinasi persinggahan kedua iaitu Dewan Masyarakat, Kampung Tunku, Petra Jaya untuk acara simbolik memacak Jalur Gemilang sebelum kenderaan konvoi bergerak ke lokasi perasmian program,” ujarnya. 

Sejurus selesai majlis rasmi, program JIWA@Komuniti MADANI diteruskan dengan acara sukan rakyat bersama ahli-ahli Komuniti MADANI P.194 Petra Jaya. 

Sri Kestury Mohammed Zamhari menyampaikan ucapan. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)
Fazzrudin menyampaikan ucapan. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)
Irwan menyampaikan ucapan. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)
Para tetamu jemputan bersama peserta Konvoi KMJG menyanyikan lagu patriotik bersamai-ramai. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)
Ketibaan Konvoi KMJG di Kampung Kolong 2. GAMBAR: Jabatan Penerangan Sarawak (Bolhan Basah)

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah