ARTIKEL

Kredit: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Program Jualan MADANI KUSKOP Diperluas Ke Luar Bandar Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Program Jualan MADANI Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan diperluas ke beberapa kawasan pinggir pekan dan kampung di Sabah bagi memastikan masyarakat luar bandar menikmati barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata langkah itu bertujuan mendekati masyarakat di kawasan berkenaan dan memastikan mereka turut berpeluang menikmati tawaran istimewa termasuk segmen “happy hour” yang menawarkan diskaun hingga 30 peratus.

“Ini melibatkan jumlah subsidi yang agak besar. Setakat ini, lebih kurang RM241,000 subsidi telah disalurkan ke Sabah menerusi program ini.

“Bagi jumlah jualan, kira-kira RM347,000 dicatatkan dalam tempoh Januari hingga Jun,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan MADANI KUSKOP siri ke-27 Sabah yang berlangsung di pekarangan Pasar Mingguan Sabindo di sini hari ini.

Program itu merupakan kerjasama antara KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertujuan meringankan beban perbelanjaan rakyat serta memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi komuniti.

Diperkenalkan sejak 2019, program itu turut membuka peluang kepada koperasi untuk meningkatkan aktiviti perniagaan, memperluas pasaran dan menjana pendapatan menerusi penyertaan sebagai operator jualan.

Mohamad berkata penganjuran program jualan itu adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga mampu milik, selain inisiatif memperhebat lagi perniagaan usahawan tempatan.

Beliau berkata pihaknya akan mengenal pasti lebih banyak daerah yang sesuai bagi pelaksanaan program itu hingga penghujung tahun ini, termasuk melalui kerjasama dengan kementerian berkaitan untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaatnya.

“Program ini telah memberi manfaat besar kepada masyarakat. Pada 2025, sebanyak 235,195 pengunjung menikmati penjimatan melalui pelaksanaan Program Jualan MADANI KUSKOP di seluruh negara.

“Dalam tempoh sama, program ini turut merekodkan hasil jualan melebihi RM8 juta, sekali gus membuktikan keberkesanannya sebagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, di samping mengukuhkan peranan koperasi sebagai rakan strategik kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan komuniti,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat