ARTIKEL

Program Kasih Ibu Tunggal: Berani Tuntut Hak Berkaitan Nafkah Anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan wanita kini harus lebih berani dalam menuntut hak terutamanya berkaitan nafkah anak selepas perceraian, dengan adanya program Kasih Ibu Tunggal (kasihnIta) 2025.

Program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu merupakan usaha kerajaan memperkasa golongan ibu tunggal melalui pengetahuan undang-undang, pengurusan kewangan serta pembangunan diri.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu memberi tumpuan khusus kepada kesedaran hak perundangan ibu tunggal terutamanya dalam menuntut nafkah anak daripada bekas suami yang enggan memberikan sokongan kewangan selepas perceraian.

“Ramai bekas suami enggan menyediakan nafkah anak selepas bercerai. Jadi melalui program ini, kita menyediakan bantuan kewangan kepada ibu-ibu tunggal untuk membawa kes ke mahkamah dan menuntut hak anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, Bahagian Kuching dipilih sebagai lokasi program yang mula diperkenalkan itu dan bakal diperluas ke Miri.

“Sebelum ini tidak ada pelancaran rasmi mengenai program ini, jadi ramai yang tidak tahu. Sekarang kita mahu lebih ramai mendapat manfaat daripadanya dengan ia akan diperluas ke negeri lain secara berperingkat.

“Lebih menarik, program ini bukan hanya untuk golongan Islam, tetapi juga untuk bukan Islam dalam memperjuangkan hak menuntut hak nafkah anak atau tuntutan lain di mahkamah. Ia terbuka kepada semua kumpulan,” tegasnya.

Sementara itu, Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama PPWS berjaya menarik lebih 500 peserta dengan pelbagai pengisian termasuk forum, sesi taklimat, perbincangan interaktif, pameran dan jualan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah