LAWAS: Seramai 67 orang murid dan 18 orang kakitangan sekolah mengikuti program kesedaran keselamatan awam yang berlangsung hari ini di SK Lintang Lawas.
Program berlangsung dari jam 8 pagi dan berakhir pada 1 petang.
“ Motif perlaksanaan program ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan dan membudayakan amalan keselamatan kebakaran dalam kalangan warga pelajar dan warga sekolah,” menurut satu kenyataan BBP Lawas.
“ Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah, pengungsian bangunan, ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman kebakaran dan modul kelab keselamatan kebakaran kanak-kanak (3K) untuk pra sekolah, ” ujar kenyataan itu lagi.
Aktiviti dilaporkan berjalan dengan lancar dan baik.







