ARTIKEL

Program Khas KUBSB Prihatin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wajah gembira dan syukur jelas terpancar daripada seramai 20 asnaf dan anak yatim apabila menerima sumbangan barangan persekolahan daripada Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB).

Ketua Biro Kebajikan KUBSB Kamil Hassan berkata, Program Khas KUBSB Prihatin yang disampaikan merangkumi pakaian sekolah, beg sekolah, kotak pensil, pemadam, pensil warna dan sebagainya.

Menurutnya, pemberian sumbangan itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) KUBSB kepada golongan yang memerlukan.

“Dalam program ini bantuan disampaikan kepada seramai 20 orang anak-anak asnaf dan anak-anak yatim sekitar KuchingSamarahan iaitu seorang RM150 peruntukan pembelian.

“Sumbangan lain juga melibatkan, bantuan khairat ahli KUBSB kepada tiga waris dan satu sumbangan skim galakan pendidikan “Pihak koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan penaja seperti JZ PERFUME, SUKACAKES dan D’ATIRAH KEK LAPIS.

“Insya-Allah program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam membantu golongan memerlukan,” katanya selepas Majlis Program Khas KUBSB Prihatin di Jun Rong Sukma, Kuching semalam. Turut hadir Setiausaha KUBSB Mahathir Ibrahim.

Dalam pada itu katanya, pihaknya akan mengadakan Bazar Aidilfitri Satok 2024 bermula 23 Mac hingga 9 April.

“Lebih 100 usahawan terlibat menjayakan Bazar Aidilfitri Satok yang ditunggu-tunggu orang ramai katanya.

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU