ARTIKEL

Ahli Kelab Penggemar Kereta Mercedes Benz Sarawak merakam gambar kenangan bersama-sama.

Program Koboi sempena Hari Kebangsaan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab Penggemar Kereta Mercedes Benz Sarawak akan menganjurkan program “Cowboy Charity Night National Day Countdown” pada 30 Ogos ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Acara bertemakan koboi itu akan berlangsung pada Sabtu, jam 8 malam di Gold Cow Cafe M10, Batu 10, di sini, sekali gus terbuka kepada orang ramai.

Poster iklan program “Cowboy Charity Night National Day Countdown”.

Menurut penganjur, program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyambut Hari Kebangsaan, malah memupuk semangat patriotisme, kecintaan terhadap Sarawak serta menonjolkan nilai perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Sarawak kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik. Acara ini akan menyerlahkan keindahan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagi menyerikan acara, beberapa persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik dan penyanyi tempatan akan diadakan, sekali gus mewujudkan suasana kemeriahan dan kebersamaan.

Pihak penganjur turut menggalakkan tetamu hadir dengan pakaian bertema koboi seperti topi, kasut but dan kemeja motif kotak-kotak bagi menambahkan keceriaan malam tersebut.

Kelab Penggemar Kereta Mercedes Benz Sarawak sebelum ini aktif melaksanakan pelbagai program berbentuk kebajikan dan komuniti. Dengan tema koboi kali ini, penganjur berharap dapat menarik lebih ramai penyertaan, khususnya dalam kalangan golongan muda, untuk bersama-sama menghargai keamanan serta kemakmuran negeri.

Sehubungan itu, orang ramai termasuk keluarga, rakan dan rakan sekerja dijemput hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, penyelaras acara, Anna Voon, boleh dihubungi di talian 013-566 6768.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu