ARTIKEL

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Azizul Abdul Rahman merakam kenangan bersama-sama pelajar yang terpilih dalam program Menuju Gemilang.

Program Menuju Gemilang bantu pelajar B40 Sarawak cemerlang SPM dan ke menara gading

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 pelajar baharu dari Sarawak menyertai program sulung Menuju Gemilang bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan mencapai kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta bersedia melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Program tersebut merupakan inisiatif syarikat telekomunikasi Maxis yang dibangunkan bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jumlah keseluruhan kohort program bagi tahun 2026 setakat ini mencecah 400 pelajar, termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut kenyataan media Maxis, kohort sulung Sarawak berjaya mencatatkan pencapaian SPM yang memberangsangkan meskipun baharu sahaja mengikuti program selama tiga bulan.

“Berbanding keputusan peperiksaan percubaan, bilangan pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas meningkat kepada 40 peratus, termasuk dua pelajar yang berjaya memperoleh 8A.

“Selain itu, Maxis turut menganugerahkan geran pendidikan berjumlah RM10,000 kepada para pelajar terbaik negeri ini bagi membantu mereka meneruskan pengajian,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, selain bimbingan akademik, Menuju Gemilang turut menyediakan kem STEM dan kem kepimpinan bagi membantu pelajar membuat persediaan ke peringkat pengajian tinggi.

Bagi memastikan pelajar terus menerima sokongan selepas SPM, termasuk bimbingan berkaitan laluan pendidikan dan peluang biasiswa, tempoh program terbabit dilanjutkan daripada 18 kepada 24 bulan.

Setiap pelajar turut diberikan komputer riba untuk digunakan sepanjang program dan selepas program tamat bagi menyokong pengajian mereka.

Selain itu, program terbabit merupakan inisiatif pembelajaran digital utama Maxis untuk komuniti B40.

Dilancarkan pada tahun 2025, program itu bermula dengan penyertaan 240 pelajar daripada 20 sekolah yang terpilih oleh KPM di Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak.

Para peserta dipilih berdasarkan pencapaian akademik, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum serta potensi kepimpinan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Azizul Abdul Rahman.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha