ARTIKEL

Program MyLesen bantu golongan B40 miliki lesen motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU KITANG: Seramai 579 peserta daripada golongan B40 berjaya memperoleh lesen motosikal kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Ir. Lo Khere Chiang berkata, Program MyLesen yang diperkenalkan sejak awal tahun lalu memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki lesen motosikal dengan kos minimum.

“Program ini bukan sahaja membantu rakyat berpendapatan rendah, malah menjadi sebahagian usaha kerajaan mendidik masyarakat tentang kepentingan keselamatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (MyLesen) peringkat DUN Batu Kitang, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta agar menggunakan lesen yang diperoleh dengan penuh berhemah dan bukan untuk tujuan berbahaya di jalan raya.

“Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menegaskan agar tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba.

“Kemalangan boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa serta kerugian besar kepada keluarga dan negara.

“Bukan itu sahaja, selain menjejaskan mangsa, ia turut memberi kesan emosi kepada keluarga dan menambah beban kos rawatan kerajaan,” tegasnya.

Di samping itu, beliau berkongsi bahawa berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kerugian akibat kemalangan di negara ini dianggarkan mencecah RM19.7 bilion setahun.

Lo memasang topi keledar kepada salah seorang peserta dalam majlis tersebut.

Susulan itu, kerajaan menyasarkan pengurangan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Lo merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Bahagian Pelesenan Pemandu, Pusat Khidmat Batu Kitang, Institut Memandu MKM Bhd serta pelbagai agensi yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Tambahnya, program ini membuktikan kerjasama erat antara kerajaan, agensi dan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi