ARTIKEL

Program MyLesen bantu warga Julau miliki lesen memandu sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Satu program khas dilancarkan dengan kerjasama Parlimen Julau dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi inisiatif MyLesen bagi memudahkan warga Parlimen Julau mendapatkan lesen memandu dengan mudah, cepat dan sah.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata program itu menyasarkan peserta berumur 16 tahun ke atas dengan sasaran lebih 1,000 orang.

“Peserta berpeluang memiliki lesen memandu dan menikmati pelbagai kemudahan termasuk subsidi bahan api mengikut syarat yang ditetapkan sekiranya memiliki lesen memandu yang sah.

“Mereka yang sudah mempunyai lesen memandu yang sah layak menggunakan perkhidmatan bersubsidi yang disediakan kerajaan seperti BUDI MADANI RON95,” katanya.

Selain itu, program turut diselitkan dengan sesi penerangan undang-undang jalan raya bagi memastikan peserta memahami tanggungjawab memandu dengan selamat.

Pada hari yang sama, mesyuarat agung tahunan (AGM) PDK Julau turut diadakan.

Pada AGM itu, Datuk Larry sekali lagi dipilih sebagai Pengerusi PDK Julau untuk penggal kedua (2026 hingga 2028).

“Saya berharap PDK Julau akan terus memperkasakan aktiviti tahunan dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU) melalui bantuan khas yang disediakan.

“Saya berharap PDK Julau akan terus maju dan melatih lebih ramai pelajar sewajarnya,” katanya sambil menekankan visi meningkatkan kemahiran dan kesejahteraan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU