ARTIKEL

Program ‘Nay Telow Berambeh Penyak Pagen’ bakal diadakan Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB). N.67 Jepak dan Pusat Khidmat DUN N.67 Jepak dengan kerjasama Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu akan menganjurkan program ‘Nay Telow Berambeh Penyak Pagen(Lan Berambeh Makan Durian) bersama Menteri Di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) pada Ahad ini, bertempat di Tapak Niaga Assyakirin di sini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti Teka Berat Durian, Durian Challenge(Pertandingan Makan Durian), pertandingan Durian Terbesar dan Terbaik, masakan berasaskan durian, pameran pelbagai jenis durian antara pengisian sepanjang program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Turut diadakan juga demonstrasi cantuman tunas, jualan anak pokok durian, Durian Talk(Pengurusan Kebun Durian) dan acara cabutan bertuah.

Orang ramai terutama peminat durian di sekitar Bintulu dipelawa datang beramai- ramai untuk sama- sama memeriahkan program yang bakal dilangsungkan kelak.

BERITA LAIN

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo