KUCHING: Program Pencarian Bakat Sukan Sepak Takraw Zon Tengah mendapat sambutan menggalakkan dengan disertai seramai 119 pemain.
Program yang melibatkan kawasan Sarikei, Sibu dan Mukah itu berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Sarikei, Dewan Sepak Takraw Kampung Bandung, Sibu dan Dewan Balai Bomba, Mukah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, program anjuran pihaknya dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) melibatkan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS) dan persatuan bahagian yang terlibat
“Daripada keseluruhan 119 pemain, 51 daripadanya adalah dari Sarikei (35 lelaki dan 16 wanita), Sibu menghimpunkan 31 peserta lelaki, manakala 37 lagi dari Mukah (33 lelaki dan 4 wanita).
“Program berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula dari 28 hingga 30 November lalu,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau menegaskan, program berkenaan dikendali oleh ketua jurulatih skuad sepak takraw Sukma Sarawak, Amir Abu Bakar.
Selain turut dibantu jurulatih lain kesemua tiga bahagian terlibat.



